Penggunaan ikat kepala bermotif warna kebiruan yang diulir bertumpuk menjadi ciri khas masyarakat dari suku Buton.
Manakala pakaian tradisional Buton wanita menggunakan pakaian tradisional Kombowa iaitu pakaian tradisional berkonsepkan lengan pendek tanpa butang.
Pakaian tradisional ini juga dipanggil “bia-bia itunu” yang bermaksud petak kecil.
Kebiasaannya untuk menambahkan keanggunan pada pakaian tradisional Buton bagi wanita, perhiasan seperti cincin, gelang dan subang dengan warna emas akan ditambah.